[Pemilik/Hos Penginapan] – Dorong prestasi tempahan dengan mengurus kandungan senarai penginapan anda dengan lebih baik

Anda boleh menarik lebih ramai tetamu dan tempahan lebih baik dengan menjadikan kandungan senarai penginapan anda lebih berkaitan dengan keperluan dan pilihan mereka iaitu pelanggan anda. Cara asas yang paling mudah dan berkesan untuk melakukan ini ialah dengan memiliki kandungan terkiniโ€”seperti foto, ulasan dan kemudahanโ€”yang akan membantu anda menonjolkan senarai penginapan anda pada peta carian pelanggan di platform kami.

Data dan cerapan kami menerangkan perkara yang tetamu inginkan dalam hartanah. Anda boleh menggunakan cara ini sebagai salah satu cara untuk menarik minat pelbagai tetamu untuk memilih dan tempah kepada senarai penginapan anda anda.

Inilah yang kami maksudkan dengan kandungan

Senarai penginapan anda menampilkan pelbagai maklumat yang dikumpulkan daripada pelbagai sumber yang berbeza. Maklumat keterangan penginapan anda, ulasan tetamu serta penilaian tetamu kepada penginapan anda.

Kami mengumpulkan kandungan daripada:

  • Maklumat yang anda berikan dan kongsi dengan kami pada senarai penginapan anda.
  • Maklumat yang kami sediakan untuk anda berdasarkan geolokasi, penapis dan maklum balas tetamu.
  • Respon dan komitmen anda kepada tempahan dan pertanyaan tetamu anda yang sistem kami gunakan secara automatik kepada bakal tetamu anda yang akan datang.
  • Keaktifan anda mengurus akaun dan senarai penginapan anda.

Ambil langkah pertama mengoptimumkan kandungan senarai penginapan anda

Sertai kami sebagai host penginapan. Daftar akaun dan senaraikan penginapan anda di platform kami

 

 

 

 

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *