
โBestnya dapat cuti sambil jalan-jalan. Tapi macam mana nak dapat percutian bajet yang boleh jimat duit saya?โ
Sekiranya anda merancang untuk bercuti dengan riang tanpa perlu risau keluar duit dengan banyak, ini adalah artikel yang patut anda baca.
Teruskan membaca sehingga tamat.
9 Cara Percutian Bajet
1. Tempah Awalย

Nak dapat percutian bajet, anda kena rajinย survey harga.
Anda boleh dapat harga yang jauh lebih murah jika anda menempah penginapan anda lebih awal. Dan ianya juga untuk pastikan ketersedian penginapan yang anda mahukan.
Sementara itu boleh lah anda merancang percutian anda dan siapkan itinerari.
2. Bercuti Di Luar Musim

Kebiasaannya, harga tiket penerbangan dan penginapan sangat mahal semasa waktu puncak iaitu cuti sekolah atau cuti hujung tahun.
Jadi, anda boleh rancang percutian bajet anda ketika luar musim bercuti.
Selain itu, bercuti di luar musim juga mempunyai kelebihan sendiri.
Anda tidak perlu risau bilik hotel dan penginapan penuh. Tempat tarikan juga tidak akanย crowdedย dengan pelancong.
ย 3. Fleksibel

Untuk berjimat semasa percutian, anda perlu jadi fleksibel.
Jika anda dah terbiasa memandu kereta ke mana-mana, apa kata kali ini anda cuba gunakan kenderaan awam di destinasi tersebut.
Bukan sahaja dapat berjimat, anda juga boleh merasai pengalaman seperti orang tempatan.
Selain itu, anda juga boleh relaks dan nikmati keindahan pemandangan sepanjang perjalanan.
ย 4. Pilihย Destinasi Alternatif

Destinasi popular adalah lebih mahal berbanding destinasi lain.
Selain dari kos tinggi, tempat ini juga pasti penuh danย crowdedย dengan pelancong.
Anda boleh jimat duit dengan memilih destinasi alternatif. Tempat percutian bajet ini pastiย rareย dan lain dari yang lain.
5. Lawati Tempat Menarik Tanpa Caj

Sebenarnya, terdapat banyak tempat menarik dan aktiviti yang boleh dilakukan dengan bajet minimum.
Anda boleh lawati tempat menarik yangย free of charge. Antaranya pasar, tempat-tempat keagamaan dan aktivitiย outdoorย seperti mendaki bukit.
Kalau nak bercuti dalam negara, anda boleh rancang percutian bajet di Malaysia.
Banyak lagi tempat menarik di Malaysia yang anda boleh terokai tanpa keluarkan duit.
6. Bercuti Secara Berkumpulan

Inilah masanya untuk bercuti bersama kawan-kawan.
Bukan sahaja bolehย spend timeย bersama, anda juga bolehย jimatkan kos pengangkutan dan penginapan.
Selain itu, anda juga boleh bercuti bersama keluarga. Apabila bercuti ramai-ramai, boleh kongsi bilik dan jimatkan kos lain.
7. Cari Tempat Penginapan Murahย

Sebelum tempah tempat penginapan,ย surveyย dan bandingkan harga dahulu.
Anda boleh pilih tempat penginapan yang murah, selesa dan sesuai dengan anda.
Kalau bercuti dalam kumpulan yang besar, samada dengan keluarga atau kawan-kawan, anda boleh pilihย homestay atau apartment.
Jika percutian anda bersama kumpulan atau keluarga yang ramai, tempah homestay lebih berbaloi.
8. Masak Sendiriย

Cara yang paling senang untuk berjimat semasa percutian bajet adalah dengan masak sendiri. Dan inilah kelebihan jika anda menginap di homestay kerana ianya membolehkan anda memasak sendiri di dapur juga boleh melakukan aktiviti BBQ sendiri.
Semasa pilih tempat penginapan, anda boleh cari penginapan yang menyediakan dapur.
Bolehlah anda masak sendiri dan bawa bekal semasa berjalan-jalan.
Ini tak bermaksud anda tidak boleh makan luar sepanjang bercuti. Rugilah kalau tak cuba makanan tempatan.
9. Tempahan Awal Dan Berpakej

Tempah penginapa anda lebih awal untuk dapatkan harga yang murah dan ketersedian penginapan yang anda mahukan. Percutian juga akan jadi lebih murah apabila anda menempah dengan pakej percutian.
Contohnya, pakej percutian merangkumi tiket penerbangan, kenderaan dan makanan.
Jadi anda tidak perlu risau untuk keluar duit lagi kerana semuanya sudah dibayar awal.
_________________________
Buat carian dan tempah penginapan anda di stay2book.com
Anda inginkan percutian bajet yang menarik dan berbaloi dengan penginapan yang selesa dan murah? Dapatkan penginapan anda di stay2book.
Ada pelbagai pilihan homestay menarik yang anda boleh pilih. berhampiran pantai, pemandangan cantik dikelilingi sawah padi atau berhampiran dengan pusat bandar dan lokasi sekitar.
Buat pilihan mengikuti keperluan dan bajet anda. Percutian anda akan menjadi lebih lancar dan selesa.
________________________
Anda juga boleh lawati media sosial kami Facebook dan Instagram.
![Stay2Book [Blog]](https://blog.stay2book.com/wp-content/uploads/2023/02/LatestLogoSloganHD.png)

Leave a Reply