5 KELEBIHAN MELANCONG DI DALAM NEGARA
Anda mahu melancong luar negeri? Anda rasa Malaysia tidak banyak tempat menarik, anda silap disitu. Sebelum anda pergi melancong ke luar negara, lebih baik anda fikirkan terlebih dahulu. Jadi sebelum anda buat keputusan untuk melancong luar negara, anda baca dulu sebab-sebab mengapa anda harus melancong di dalam negara yang disenaraikan di bawah.
1.Lebih Penjimatan kos
Tahukah anda, melancong di dalam negara adalah lebih jimat berbanding di luar negara kita. Di sini, kami ingin bagitau kepada kamu semua yang kita tidak perlu bayar visa, passport, cukai kerajaan, cukai pelancongan yang mana mungkin dikenakan tinggi daripada negara kita sendiri. Selain itu, barangan luar negara tidak semestinya mempunyai harga yang murah daripada barangan negara kita sendiri. Dan anda pun tidak perlu bersusah-susah mahu tukar matawang asing segala jika mahu pergi melancong didalam negara sendiri. Bah kan, jika anda mahu pergi melancong keluar negara yang lebih tinggi matawang, mestilah anda rasa rugi kan? Sebab nilai matawang kita sama matawang asing berbeza. Dicadangkan selagi kita boleh berjimat bagus kita berjimat daripada kita membazir.
2.Senang Berkomunikasi
Melancong di dalam negara juga membolehkan anda lebih senang berkomunikasi. Anda lebih senang memahami topik atau cerita orang di sekitar anda jika melancong di dalam negara. Anda tidak perlu menggunakan kamus,cari apps penterjemah atau cari translator untuk terjemah bahasa. Jika anda tersesat sekali pun, tidak perlu bimbang kerana anda masih didalam negara sendiri – berkomunikasi masih anda faham dan papantanda semua masih anda boleh baca dan fahamkan.
3. Mempunyai banyak tempat menarik
Siapa bilang Malaysia tidak cantik. Anda silap besar jika anda bilang Malaysia tidak banyak tempat menarik. Punya banyak tempat yang menarik di Malaysia. Kita ada 13 negeri, setiap negeri mesti ada tempat yang menarik yang anda tidak tahu. Anda saja yang tidak cari dan tahu. Cuba anda buat kajian sikit mesti anda jumpa macam-macam tempat menarik di Malaysia. Buat apa pergi jauh-jauh sedangkan yang dekat pun tidak terpergi kan.
4. Mengenal lebih negara sendiri
Selain itu, anda akan lebih kenal negeri, budaya serta warisan sendiri jika melancong dalam negara. Sebelum anda belajar budaya dan bahasa orang lain lebih baik anda arif dulu bahasa dan budaya negara anda sendiri. Sekurangnya kalau ada orang tanya pasal negara anda tidak juga buat malu sendiri sebab tidak tahu. Banyak budaya dan khazanah negara perlu anda belajar. Menarik juga kalau belajar pasal negara sendiri. Orang bilang tak kenal maka tak cinta.
5.Menjana ekonomi negara
Taukah anda melancong dalam negara dapat menjana ekonomi negara. Siapa lagi kalau bukan kita mahu tolong negara kita sendiri. Setiap perkhidmatan dan produk negara akan dikenakan cukai yang dikenakan oleh kerajaan. Jadi secara tidak langsung anda dapat menolong menambahkan pendapatan negara dan memberi peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia.
Jadi, sebelum anda membuat keputusan untuk pergi melancong ke luar negara, anda fikir-fikirkan lah dulu ok.
_________________________
Buat carian dan tempah penginapan anda di stay2book.com
Anda inginkan percutian bajet yang menarik dan berbaloi dengan penginapan yang selesa dan murah? Dapatkan penginapan anda diย stay2book.
Ada pelbagai pilihan homestay menarik yang anda boleh pilih. berhampiran pantai, pemandangan cantik dikelilingi sawah padi atau berhampiran dengan pusat bandar dan lokasi sekitar.
Buat pilihan mengikuti keperluan dan bajet anda. Percutian anda akan menjadi lebih lancar dan selesa.
________________________
Anda juga boleh lawati media sosial kamiย Facebookย danย Instagram.
Leave a Reply